Meditasi merupakan satu teknik yang digunakan untuk menenangkan fikiran dan tubuh kita supaya dapat berfungsi dengan cekap serta dapat menerokai potensi diri kita yang sebenar.Meditasi dapat diamalkan sesiapa sahaja tanpa mengira umur,agama dan tahap pendidikan.
Faedah :
1)Meningkatkan keyakinan diri.
2)Meningkatkan daya kreatif
3)Ketenangan jiwa dan pengurangan stress.
4)Kesihatan yang bertambah baik.
5)Membantu menerokai masalah secara sendiri.
6)Melambatkan proses penuaan.
7)Peningkatan tenaga
Apakah yang terjadi semasa proses meditasi?
1)Beta- ketika berjaga atau menyelesaikan masalah.
2)Alpha- berada dalam keadaan relaks seperti menonton televisyen dengan seronok.
3)Theta- ketika tidur dan sedang bermimpi.Dapat membantu meningkatkan daya ingatan dan daya kreativiti. Kadang-kadang kita mendapat ilham melalui mimpi dan inilah dikatakan gelombang theta.Tahap inilah yang kita perlu capai kerana sifat-sifat kita yang negatif dapat dihindarkan.
4)Delta- tahap tidur tanpa sebarang mimpi. Mengeluarkan hormon pertumbuhan yang semakin berkurang disebabkan pertambahan usia.Kekurangan hormon menyebabkan kurang tenaga dan stamina.
Ketika menjalani meditasi,gelombang otak kita menjadi semakin perlahan frekuensinya dari gelombang otak beta ke alpha ke theta dan akhirnya ke delta.Semakin perlahan frekuensinya, semakin imbanglah otak kita antara otak kanan(imaginatif) dan otak kiri(hal-hal anatikal).Keseimbangan ini dipanggil sinkroni otak di mana kita boleh guna otak kanan dan otak kiri berbanding kita guna sebahagian sahaja.Ini dipanggil fungsi otak secara menyeluruh yang dapat meningkatkan daya kreatif, pembelajaran,kebolehan menyelesaikan masalah dan kuat daya ingatan.Fungsi otak secara menyeluruh dikaitkan dengan genius dunia seperti Albert Eistein dan Mozart.
No comments:
Post a Comment