Teknik

  Ada 7 teknik pengawalan minda separa sedar yang telah dikenal pasti. Sebelum itu, kenapa kita harus mengawal minda separa sedar? Apakah kepentingannya?. Di sini saya akan terangkan kenapa.

i) Membantu lebih fokus terhadap  apa yang ingin kita capai dalam hidup
ii) Membantu menyelesaikan masalah.
iii)Mendekatkan peluang anda untuk mendapatkan apa yang diinginkan dalam hidup selama ini.

1) Teknik Charles Baudoin.
  Beliau adalah ahli psikoterapi dan profesor di Perancis yang mencipta cara terbaik bagi memberi kesan kepada minda separa sedar melalui cara masuk semasa tidur. Contohnya anda menghadapi masalah hutang yang keliling pinggang. Sebelum mata terlelap pada waktu malam, katakan pada diri sendiri berulang kali, 'selesai dengan memuaskan menurut kehendak tuhan'.Buat ringkas sahaja supaya mudah ingat. Lakukan selama 10 malam berturut-turut. Ketenangan dan kedamain dapat dirasai dan tidur lena. Esoknya, pasti bangun dengan ceria kerana masalah sudah selesai.

2) Teknik Terima Kasih
 Orang yang selalu berterima kasih menerima banyak anugerah kerana hukum timbal balik adalah berdasarkan hukum kosmik daripada aksi dan reaksi.Alkisah pak cipto yang mempunyai hutang yang banyak serta mempunyai lima orang anak dan selalu kesempitan wang. Namun dia mencuba kaedah ini selama 3 minggu berturut-berturut dengan mengucapkan syukur kepada Allah atas kurniaan ini. Hasilnya, pak cipto tidak lagi berasa miskin hina dan kekurangan dapat diatasi malah selalu bersyukur/berterima kasih pada Allah atas kurniaanya. Sekarang beliau telah dinaikkan pangkat dan menerima gaji lumayan disebabkan kepercayaan dan keyakinan tingginya.

3)Teknik Tidur
Teknik ini dilakukan semasa hendak tidur kerana pada waktu itu minda sangat efektif dan kreatif kerana gelombang otak adalah antara alfa dan beta. Pada masa itu, berada dalam keadaan lena atau jaga. Lakukan cara ini ketika anda berada dalam kerumitan,ucapkanlah 'dengan nama tuhan, semua masalah dapat diselesaikan.Lakukan semasa bangun dari tidur dengan ayat yang sama tadi.Pasti pagi anda berasa tenang dan damai kerana setiap perkara yang dikatakan telah diserap dalam minda separa sedar dan diterima 100%.

4)Teknik alasan
 Teknik ini selalu digunakan oleh ramai doktor kepada pesakitnya supaya dapat berfikir positif terhadap penyakit yang dihidapi kerana pesakit selalu berfikiran negatif terhadap penyakitnya Apabila pesakit dapat berfikiran positif automatik minda separa sedarnya boleh percaya bahawa dia akan sembuh dan organ  bertugas dengan baik dan urat sarafnya berjalan dengan cekap bagi kesembuhan yang efektif.

5)Teknik Penetapan.
 Daya penetapan ada pada diri kita semua. Kita akan bertambah yakin apabila kita sedar bahawa Tuhan jadikan alam semesta ini untuk kepentingan kita semua. Seorang peremuan muda yang cantik selalu diganggu oleh lelaki yang tidak dikenali dan selalu menelefonya. Jadi, perempuan tersebut membuat penegasan dengan berkata "ya ALLAH, aku berserah kepadaMU.Engkaulah yang akan melepaskan aku daripada masalah ini".Akhirnya perempuan itu selamat dan lelaki tersebut tidak menggangunya lagi. Oleh itu, apabila kita yakin dan berserah kepada Tuhan, apa yang kita hajati pasti tercapai dan ada penyelesaiannya.

6)Teknik Bioskop Mental.
 Teknik ini berkaitan gambaran yang dicipta dalam minda. Minda separa sedar sentiasa sensitif pada gambaran yang dibina. Ia akan mengambarkan serta bertindak seolah-olah diri kita melalui apa yang kita gambarkan lalu gambaran itu akan menjadi kenyataan.Teknik ini telah digunakan oleh seorang pemuda yang bernama Ahmad yang menjual barangan syarikat tempatnya bekerja. Jadi, pada waktu malam sebelum tidur, dia telah melakukan meditasi (meditasi akan diterangkan pada entry yang baru) di kerusi malas, kemudian dia menggambarkan dalam keadaan tenang dan yakin yang ramai orang berminat terhadap barang jualannya, bau wang yang diterima daripada pelanggannya. Setelah itu, dia tidur dengan kepuasan seolah-olah sudah berjaya menjual barangannya.Keesokkannya, dia berasa terkejut kerana apa yang digambarkannya pada malam itu benar-benar terjadi.

7)Teknik Menulis.
 Teknik ini memerlukan kita menulis apa yang kita mahukan kemudian bacakan pada setiap hari kerana minda separa telah menerima maklumat berkenaan matlamat dan cita-cita kemudian menjalankan tugas bagi mencapai apa yang kita hajati.Berikut adalah cara teratur bagi teknik ini:

a)Tentukan matlamat secara jelas pastikan logik dan mampu dicapai contoh nak capai 3.7 ke atas semester ini.Tentukan berapa yang kita mahu.Spesifikan.Jelaskan yang anda mampu dapatkannya.

b)Lihat setiap hari kerana dengan melihat impian anda, saraf optik yang berukuran 17x lebih besar daripada saraf-saraf yang lain. Saraf itu akan menyebabkan saraf lain terus menuju ke otak.

c)Buat gambaran selepas menulis impian tersebut seeloknya pada waktu malam selepas meditasi.

d)Katakan pada diri yang anda boleh mencapainya.

e)Gambarkan anda sudah mendapatkan apa yang diimpikan.Ucap syukur pada Tuhan dengan penuh rasa emosi kerana minda separa sedar hanya bertindak apabila anda beremosi dan berperasaan.

f)Fikirkan setiap hari bagaimana hendak mencapainya. Minda separa sedar akan mencetuskan idea kreatif yang anda tidak pernah fikir sebelum ini.

g)Apabila sudah dapat jalannya,catat kemudian lakukannya. Fikir tanpa melakukannya itulah dipanggil angan-angan mat jenin.

 Yakinlah anda pasti mendapatkannya kerana anda telah berusaha dan segala-galanya ditentukan dan dikembalikan oleh Tuhan.Selamat mencuba.Hargailah hidup anda.!!