Monday, 7 November 2011

Teknik Meditasi

Di sini, terdapat 5 JENIS teknik meditasi yang boleh digunakan. Semunya bergantung kepada tahap keselesaan  untuk memilih mana yang selesa dengan anda.Cuma, matlamat meditasi hanya satu iaitu untuk mencapai ketenangan jiwa dan celik akal.Syarat untuk menikmati meditasi ialah mengamalkan setiap hari ataupun anda merasakan perubahan positif dalam diri anda. Bila dah cuba baru tahu!!selamat mencuba, hargailah hidup anda!!

1.Dengan mata tertutup,fokus untuk mencapai ketenangan.
2. Meditasi aktif yang melibatkan pergerakan seluruh badan untuk mengurangkan dan melenyapkan ketegangan.
3. Meditasi berpandu yang beraksi di peringkat minda bawah sedar untuk mengoptimumkan potensi anda. Visualisasi dan muzik relaksasi dapat digunakan. Ada yang suka silence sahaja.
4. Fokus kepada pernafasan,tarik nafas dengan hidung dan hembus keluar melalui mulut.
5. Meditasi dengan  mata terbuka-fokus kepada sesuatu benda seperti lilin dan sebagainya.

Apa yang dapat dirasai semasa proses meditasi.?
1.Rasa ringan seolah-olah kehilangan badan.
2.Perasaan tidak terbatas oleh masa dan tempat.
3.Kegembiraan.
4. Ketenangan
5. Bertenaga
6. Tenagkan fikiran.
7.Lihat warna
8. Panas badan
9.Tersentak (jerking)

Apa yang perlu dilakukan semasa proses meditasi.?
1. Tempat yang sunyi untuk mengurangkan gangguan.
2.Posisi badan yang santai.
3.Alat untuk individu menumpukan perhatian seperti bola,lilin dan sebagainya.
4. Sikap yang positif kerana meditasi bukan perkara yang senang dilakukan. Jadi individu perlu berlatih untuk mencapai tahap yang diigini.
*Persekitaran yang sesuai ialah tempat dan kerusi khas dengan diiringi untuk menyiapkan kita meneroka alam bawah sedar.*

Sunday, 6 November 2011

Apa itu Meditasi?

 Meditasi merupakan satu teknik yang digunakan untuk menenangkan fikiran dan tubuh kita supaya dapat berfungsi dengan cekap serta dapat menerokai potensi diri kita yang sebenar.Meditasi dapat diamalkan sesiapa sahaja tanpa mengira umur,agama dan tahap pendidikan.

Faedah :
1)Meningkatkan keyakinan diri.
2)Meningkatkan daya kreatif
3)Ketenangan jiwa dan pengurangan stress.
4)Kesihatan yang bertambah baik.
5)Membantu menerokai masalah secara sendiri.
6)Melambatkan proses penuaan.
7)Peningkatan tenaga

Apakah  yang terjadi semasa proses meditasi?

1)Beta- ketika berjaga atau menyelesaikan masalah.
2)Alpha- berada dalam keadaan relaks seperti menonton televisyen dengan seronok.
3)Theta- ketika tidur dan sedang bermimpi.Dapat membantu meningkatkan daya ingatan dan daya kreativiti.    Kadang-kadang kita mendapat ilham melalui mimpi dan inilah dikatakan gelombang theta.Tahap inilah yang kita perlu capai kerana sifat-sifat kita yang negatif dapat dihindarkan.
4)Delta- tahap tidur tanpa sebarang mimpi. Mengeluarkan hormon pertumbuhan yang semakin berkurang disebabkan pertambahan usia.Kekurangan hormon menyebabkan kurang tenaga dan stamina.

Ketika menjalani meditasi,gelombang otak kita menjadi semakin perlahan frekuensinya dari gelombang otak beta ke alpha ke theta dan akhirnya ke delta.Semakin perlahan frekuensinya, semakin imbanglah otak kita antara otak kanan(imaginatif) dan otak kiri(hal-hal anatikal).Keseimbangan ini dipanggil sinkroni otak di mana kita boleh guna otak kanan dan otak kiri berbanding kita guna sebahagian sahaja.Ini dipanggil fungsi otak secara menyeluruh yang dapat meningkatkan daya kreatif, pembelajaran,kebolehan menyelesaikan masalah dan kuat daya ingatan.Fungsi otak secara menyeluruh dikaitkan dengan genius dunia seperti Albert Eistein dan Mozart.







Wednesday, 2 November 2011

Fungsi Minda









Minda sedar
bahagian minda yang mengawal aktiviti sedar kita, iaitu pergerakan tubuh, perkataan dan perbuataan yang kita boleh kawal sepenuhnya. Kita boleh pilih sama ada nak buat atau tak nak buat.
Minda separa sedar atau bawah sedar.
bahagian minda yang mengawal aktiviti-aktiviti tubuh diluar kawalan penuh kita. Minda separa sedar mengawal denyutan jantung, pernafasan, penghadaman, dan pemikiran. Minda separa sedar buat kerja tanpa kawalan kita.






Sila klik pada tab 'TEKNIK' di atas untuk melihat dan mengamalkan 7 teknik minda separa sedar.

Thursday, 27 October 2011

Dunia Kita Berbeza.

  Kenapa aku tak boleh selesaikan, kenapa dia boleh buat nampak macam senang  je. Eeei aku ni tak berguna langsung la. Aku ni memang bodoh, tak sebijak kau. Dah aku memang tak pandai, lain la macam kau genius otak komputer.aku ni otak udang je.

 Sudah, cukup!!. berhentilah. Anda hanya mengeluarkan alasan bukan kenyataan. Anda tidak  dilahirkan sia-sia di muka bumi ini.

 Jadi, apa kelebihan saya? saya tak pandai.Periksa asyik fail je. Macam mana saya nak berjaya macam orang lain.
Tunggu, ada sesuatu yang anda tidak tahu. Nak tahu kelebihan anda? Mari saya tunjukkan






Teori Kecerdasan Pelbagai oleh Howard Gardner.